Friday, November 23, 2012

Cara Mencegah Dan Melawan Sel-Sel Kanser



Kanser telah menjadi antara penyebab utama kematian pada zaman ini. Semua telah mengetahui tentang hakikat ubat yang boleh menyembuhkan atau merawat kanser secara total masih belum ditemui, tetapi ingat lah kita pada sabda Nabi Muhammad SAW sesungguhnya tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan tua dan mati. Oleh yang demikian,saya ingat berkongsi salah satu ikhtiar dan usaha dari pelbagai usaha-usaha yang ada untuk mencegah dan melawan sel kanser,InsyaAllah.

Perkongsian saya yang pertama ialah berkenaan dua buah-buahan  yang mempunyai kebaikan semulajadi untuk membantu pesakit-pesakit kanser melawan kanser dari dalam badan. Buah yang pertama ialah Apricot. Apricot merupakan buah yang telah ditemui sejak zaman Greece lama. Kelebihan Apricot yang menjadikannya sebuah buah yang bagus melawan kanser ialah kebaikan biji Apricot (apricot seed). Biji Apricot mempunyai vitamin B17 menjadikannya unik berbanding buah-buahan lain untuk melawan kanser.

Buah kedua pula tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia kerana Malaysia juga turut menghasilkan buah tersebut. Disebalik, rasanya yang manis dan warna merah yang menawan, Strawberi telah dianugerahkan vitamin C. Vitamin C baik untuk meningkatkan sistem imun badan dan melawan serta mencegah penyakit.Kedua-dua buah ini, InsyaAllah boleh menjadi ikhtiar buat pesakit-pesakit kanser menyembuhkan penyakit kanser mereka.

Perkongsian kedua saya ialah merawat dan melawan sel kanser dari luar.Caranya dengan membaca ayat-ayat tersebut kemudian hembuskan kepada tempat sakit selama 21 hari:-

Surah Al-Fatihah (1)
Surah Al-Ikhlas (3)
Selawat (3)
Surah Al-A'la (21)

Semoga pembaca-pembaca sekalian dapat mengamalkannya dan bertawakal kepada Allah agar usaha yang telah kita lakukan ini membuahkan hasil yang diingini. Semua ilmu ini dipetik  dari blog seorang teman....

Amazing!!!




Thursday, November 22, 2012

Karakter melalui warna kegemaran



Miss Pinky!

THEY ARE HOT! Merah jambu adalah lambang feminin. Gadis yang sukakan rona ini adalah golongan yang sangat sweet, sensitif, lembut dan sangat gemarkan gaya yang menonjolkan sifat keperempuanan. Dalam apa jua keadaan, pinky girls gemar berfesyen dan suka tampil cantik. Paling menarik, biarpun mereka kelihatan lembut, namun mereka sebenarnya tidak gentar dengan apa jua cabaran!


Miss Earth!

SHE’S SO CALM! Ya, warna hijau tidak hanya melambangkan kesegaran. Malah, hijau juga berupaya menenangkan perasaan dan jiwa seseorang. Gadis yang menggemari rona ini sukakan keamanan, tidak mudah panik dan sentiasa tenang walau dalam kesusahan. Uniknya mereka apabila gaya low profile menjadi pilihan utama untuk menerajui kehidupan. Mereka juga mudah didekati walau sedikit pendiam dan pemalu!


Miss Diva!

BRAVE ‘N SEXY! Merah tanda cinta. Merah juga simbol keberanian. Gadis yang tidak lekang daripada warna ini memiliki personaliti menarik tetapi sukar dijangka. Sifat ingin mencuba dan berani memang mudah dilihat dalam diri mereka. Pantang dicabar, pasti mereka sahut dengan daya keyakinan yang tinggi. Mereka juga memiliki sifat anggun dan seksi yang semulajadi. Berilah apa jua helaian fesyen, mereka pasti bijak menggayakannya dengan penuh persona yang sensual!


Miss Sunshine!

SO BRIGHT! Senyuman dan gelak tawa cukup sinonim dengan si manis yang sukakan warna kuning. Memiliki karakter yang ceria, easy going dan happy go lucky, sukar untuk melihat mereka berwajah muram. Tidak hairanlah mengapa mereka sungguh bijak, setiap perkara dalam kehidupan dilaluinya dengan berfikiran positif! Selain ceria, golongan ini juga suka membuatkan orang lain ketawa. Pendek kata, they are really fun to be with!

tips dan petua hilangkan jerawat semulajadi


Tips dan Cara Menghilangkan Jerawat dengan cepat secara semulajadi dan memang terbukti oleh kebanyakan pengamalnya... Anda sendiri tahu wajah merupakan salah satu bahagian daripada tubuh kita yang paling sensitif serta paling terdedah... Jadi apa akan berlaku sekiranya jerawat menyerang wajah??? Apakah tindakan yang akan anda lakukan??? Sy yakin anda pasti ingin segera mengatasinya dengan cepat dan biasanya akan memilih dengan cara yang semulajadi, kerana risikonya yang sangat kecil jika dibandingkan dengan perawatan wajah yang menggunakan bahan kimia....

Melalui artikel ini sy ada beberapa tips dari pakar yang berkelayakan yang boleh anda gunapakai atau praktikkan.... Sebelum itu, anda baca dan fahami terlebih dahulu, dan kemudian bolehlah diaplikasikan. Practice make perfect... Insya-Allah.... :)

Tips 1: Lidah Buaya – menghilangkan jerawat dengan Lidah Buaya

Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, tampalkan/tempek di bahagian yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Jika anda berterusan memprektikkannya, jerawat pada wajah mungkin akan mengering lalu mengelupas selama 3 hari. Selain itu lidah buaya juga mampu menghilangkan bekas jerawat yang degil. Sekali lagi kuncinya hanya satu, BERTERUSAN!

Tips 2: Putih Telur – menghilangkan jerawat dengan Putih Telur

Bagaimana caranya? Mudah saja. Pisahkan kuning telur dan ambil putih telurnya saja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat.

Tips 3: Ubat Gigi – menghilangkan jerawat dengan Ubat Gigi

Perhatian: Satu perkara yang perlu diingat adalah ubat gigi yang digunakan itu adalah yang berbentuk ubat (seperti Pepsodent) bukan yang bentuknya gel (seperti Close Up). Caranya hampir sama denga kedua cara di atas. Tempek ubat gigi ke jerawat dan bahagian lain di sekitar jerawat tersebut sebelum tidur. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang bersih.

Tips 4: Bawang Putih – menghilangkan jerawat dengan Bawang Putih

Sebenarnya terdapat dua pilihan dalam menggunakan bawang putih untuk proses menghilangkan jerawat. Pertama adalah dengan menumbuk dua atau lebih ulas bawang putih hingga cukup halus lalu dipakaikan pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Manakala cara kedua pula adalah dengan memakan satu atau lebih bawang putih setiap hari. Banyak yang mengatakan kedua cara ini cukup efekktif, namun bagi anda yang tidak menyukai bau bawang putih mungkin lebih baik menggunakan cara yang lain. Jangan risau kerana masih terdapat banyak lagi cara semulajadi yang akan admin jelaskan di bawah ini.



Tips 5: Tomato – menghilangkan jerawat dengan Tomato

Tahukah anda? Khasiat buah tomato selain baik untuk kesihatan mata, ia juga cukup efektif menghilangkan bintik hitam (blackheads). Perkara pertama yang harus anda dilakukan adalah dengan menghiris tomato menjadi dua bahagian lalu dipakaikan ke seluruh wajah yang berjerawat dan biarkan selama 15 minit – setelah 1 jam barulah bilas.

Tips 6: Lemon/Jeruk Nipis + Air Mawar – menghilangkan jerawat dengan Lemon

Lemon, jeruk nipis dan buah-buah sejenisnya mengandung asid sitrik yang sangat kaya, dimana fungsi asid sitrik ini sangat baik untuk memindahkan sel-sel kulit yang mati yang boleh menyebabkan jerawat. Tekniknya ialah dengan mencampurkan jus/perasan lemon dengan air mawar kemudian pakaikan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu bilas dengan air suam. Amalan terapi ini secara rutin dan konsisten selama 15 hari akan memberikan hasil yang cukup luar biasa.

# tips yg sgt berguna...hahahaha tp sy pnh cuba gne ubat gigi je...yg lain2 lom pnh lg...selamat mencuba!!

Bahasa Iban... sgt2 awesome...


Belajar Bahasa Iban – Mari belajar bahasa Iban. Dapat belajar banyak bahasa memang menjadi satu kelebihan kepada diri. Selain daripada memudahkan pergaulan, ianya secara tidak langsung merapatkan hubungan. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis bangsa, agama dan budaya, maka wujudlah pelbagai bahasa pertuturan bahkan slanga bahasa yang sama juga kadang-kadang berbeza.

Buat pengetahuan Anda, bahasa Iban juga merupakan antara bahasa yang sering digunapakai dalam pertuturan sesetengah masyarakat di Malaysia seharian, lebih spesifik lagi di negeri Sarawak. Kepada pengembara atau pelajar yang buat research berkaitan dengan kawasan pendalaman atau kehidupan orang asli, pengetahuan tentang bahasa Iban menjadi satu kelebihan. Bahasa Iban sebenarnya mudah dipelajari berbanding kebanyakan bahasa-bahasa etnik lain yang wujud di Malaysia, sebab kebanyakannya lebih kurang sama dengan Bahasa Melayu, buktinya adalah seperti di bawah (dari Bahasa Melayu ke Bahasa Iban).

Makan – Makai
Berjalan – Bejalai
Jalan – Jalai
Pulang – Pulai
Panjang – Panjai
Mandi – Mandi (Bukan Mandai ya, jadi jangan memandai hehe..)

Selain itu terdapat juga perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa Iban seperti:-

Aku/Saya – Aku
Kamu/Awak – Nuan, Dik, Kuak (di sesetengah tempat saja guna perkataan ‘Kuak’ ini)
Dimana – Dini
Kemana – Kini
Kesana – Kin
Kesini – Kitu
Nadai – Tiada
Ada – Bisi
Tiada – Nadai
Bagaimana – Baka ni
Berapa – Berapa
Sudah – Udah
Belum – Bedau

bersembang = berandau
cari = ngigak
manah = bagus
pengajar = cikgu
bub = buku
mending = dengar
medak = tengok
ngabang – berkunjung
ngirup – minum
makai – makan
gerai – sihat
nyamai – sedap

Sepertimana bahasa-bahasa lain juga, Bahasa Iban turut mempunyai kata penghubungnya yang tersendiri:-

dan – enggau
atau – tauka
serta – sereta
tetapi – tang
malahan – taja pen
sambil -sambil
kerana -laban
agar – ngarap ka
meskipun, walaupun – taja pen
sekiranya – enti sema
jika – enti
semasa – benong
setelah – pengudah.

Persoalan di dalam Bahasa Iban yang sering juga digunapakai seharian:-

Apa khabar? – Nama berita?
Siapakah nama anda? – Sapa nama nuan?
Siapa datang dengan anda? – Sapa enggau nuan?
Berapakah harga barang ni? – Berapa rega utai tu?
Dimana ___ ? – Dini alai ____ ?
Anda dari mana? – Ari ni penatai nuan?
Sekarang pukul berapa? – Pukul berapa diatu?
Sekarang pukul 5 – Diatu pukul 5
Saya mahu pulang – Ka pulai dulu
Selamat lemai – Selamat petang
Selamat pagi – Selamat pagi
Selamat tengah hari – Selamat tengah hari
Selamat malam – Selamat malam
Selamat datang – Selamat datai / Selamat nemuai
Selamat berkenalan – Selamat bekelala
Bagus – Manah
Jahat – Jai
Cinta – Pengerindu
Kekasih – Sulu
Rindu – Lelengau
Sayang – Sayau

Selain daripada menambah kosa kata dalam pertuturan seharian, ada diantara mereka yang mempelajari bahasa Iban untuk mencari jodoh. Adakah Anda yang dimaksudkan itu? Hehe. Jom kita belajar pula beberapa ayat di dalam bahasa Iban.

Saya cintakan awak.
Aku sayau ke nuan.

Jom kita kahwin sekarang.
Aram tua kawin diatu.

Dah mandi ke belum.
Udah mandi ke bedau.

Aduh.. saya sakit perut.
Akai… aku pedis perut.

Mak, saya nak makan.
Indai, aku deka/kak makai.

Ayah, minta duit sikit.
Apai, minta duit mimit.

Angkat jemuran, hujan sudah turun..
Angkat kain jembi , ujan udah laboh..

Anak kucing kawan saya dah mati.
Anak mayau kaban aku udah parai.

Hensemnya dia….
Sigatmai ia…

Cantiknya dia..
Bajikmai ia..

Sakit gigi.
Pedis ngeli.

B.M : Jom, minum petang!
Iban : Aram, ngirup lemai!

B.M : bangun pagi
Iban : Dani pagi

BM : Balik dulu
Iban : Mupuk dulu

berapa panjang pembaris ni?
nama pemanjai pembaris tok?

cantik (prety) = bajik.
suka (cinta) = ka (contoh : Aku ka ke nuan (Aku cintakan awak)
wanita (perempuan) = indu
punya pacar = bisi pengerindu hati/bisi pangan.
sakit hati = tusah hati(susah hati)=pedih ati.
patah hati= putus ati.
umur berapa= songsangkan saje =berapa umur.
kapan menikah= kemaya melah pinang
sudah mandi= udah mandi
kenapa masih bau = nama kebuah agi berbau/ lapa agi bisi bau.
senang jumpa dengan kamu = rinduk betemu enggau nuan.

saya tidak puas hati dengan kamu = Aku enda puas ati enggau nuan/palak nuan.
tolong jangan buat lagi = Minta anang bekenyak agi.
terima kasih kerana tolong saya = terima kasih laban nulong aku.
Tiada masalah = Nadai ngawa

Main Kulok dan Main Skipui = Sejenis permainan kad

Kalau anda hendak belajar bahasa Iban, Admin sarankan kawan dengan rakan Iban, lebih mudah kerana dia boleh terjemahkan untuk Anda. Berbanding kalau belajar sendiri atau dari kamus, risau atau dikhuatiri sebutannya pula salah. Sekadar itu dahulu perkongsian untuk kali ini, semoga artikel ini berguna kepada Anda. Sekian.

Tips merawat kulit


Oke...untuk memelihara kecantikan, wanita harus merawat kulit agar kecantikan kita sentiasa terpelihara....info-info yg sy nk share nie harap2 berguna la ye... =)

Usia remaja:
Ini adalah usia efektif untuk merawat wajah dan mencegah penuaan di mase akan dtg...hehehehe...

1. lepas cuci muka, kena la rajin pakai toner untuk mmbantu memperbaharui sel kulit muka kita..toner jgk digunakan untuk menutup liang2 muka yg terbuka selepas cuci muka...perlu la cari toner yg sesuai dgn jenis kulit anda....

2. Next, guna la krim muka yg SPF 15 paling kurang pn...hahahaha(err sy gune SPF 50)...lg tinggi SPF lg bagus...

3. Sediakn la ubat jerawat ye..sbb usia remaja nie byk jerawat muncul...hehehehe...

Usia Dewasa:
kalau dh umur 30-an nie sebaiknye kite lakukan beberapa cara spt berikut:

1. Oleskan eye-cream di sekitar mata yg dah mula muncul kerut-kerut halus.... Jika dibiarkn lame2 kerutan ini akan bertambah dan membuatkn anda kelihatan tua...hohohoho...

2. Lakukan perawatan tambahan spt masker at least sekali seminggu...

kalau dh umur 40-an anda akan menemukan kerutan diwajah dan flek kecoklatan di kulit tanda penuaan...

1. Gunakan krim malam anti aging terutamanye jika kulit anda dah mula terasa kering drp biasenye...

2. Gunakan krim atau serum anti kedut dibahagian-bahagia trtentu pd wajah cthnye sekitar mata, kulit sekitar mulut dan lain2...

3. Jika kulit anda dah mula muncul flek kecoklatan, gunakan produk spot corrector dibahagian tersebut untuk meratakan warnanya....

**hohohoho tu je tips yg rasenye boleh dicuba...

Personaliti melalui penggunaan bantal sewaktu tidur


1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwaseni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

**hohohohoho sy pulak tido dgn satu bantal je...of course sy xngade2...hahahahah.....