Thursday, November 22, 2012

tips dan petua hilangkan jerawat semulajadi


Tips dan Cara Menghilangkan Jerawat dengan cepat secara semulajadi dan memang terbukti oleh kebanyakan pengamalnya... Anda sendiri tahu wajah merupakan salah satu bahagian daripada tubuh kita yang paling sensitif serta paling terdedah... Jadi apa akan berlaku sekiranya jerawat menyerang wajah??? Apakah tindakan yang akan anda lakukan??? Sy yakin anda pasti ingin segera mengatasinya dengan cepat dan biasanya akan memilih dengan cara yang semulajadi, kerana risikonya yang sangat kecil jika dibandingkan dengan perawatan wajah yang menggunakan bahan kimia....

Melalui artikel ini sy ada beberapa tips dari pakar yang berkelayakan yang boleh anda gunapakai atau praktikkan.... Sebelum itu, anda baca dan fahami terlebih dahulu, dan kemudian bolehlah diaplikasikan. Practice make perfect... Insya-Allah.... :)

Tips 1: Lidah Buaya – menghilangkan jerawat dengan Lidah Buaya

Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, tampalkan/tempek di bahagian yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Jika anda berterusan memprektikkannya, jerawat pada wajah mungkin akan mengering lalu mengelupas selama 3 hari. Selain itu lidah buaya juga mampu menghilangkan bekas jerawat yang degil. Sekali lagi kuncinya hanya satu, BERTERUSAN!

Tips 2: Putih Telur – menghilangkan jerawat dengan Putih Telur

Bagaimana caranya? Mudah saja. Pisahkan kuning telur dan ambil putih telurnya saja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat.

Tips 3: Ubat Gigi – menghilangkan jerawat dengan Ubat Gigi

Perhatian: Satu perkara yang perlu diingat adalah ubat gigi yang digunakan itu adalah yang berbentuk ubat (seperti Pepsodent) bukan yang bentuknya gel (seperti Close Up). Caranya hampir sama denga kedua cara di atas. Tempek ubat gigi ke jerawat dan bahagian lain di sekitar jerawat tersebut sebelum tidur. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang bersih.

Tips 4: Bawang Putih – menghilangkan jerawat dengan Bawang Putih

Sebenarnya terdapat dua pilihan dalam menggunakan bawang putih untuk proses menghilangkan jerawat. Pertama adalah dengan menumbuk dua atau lebih ulas bawang putih hingga cukup halus lalu dipakaikan pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Manakala cara kedua pula adalah dengan memakan satu atau lebih bawang putih setiap hari. Banyak yang mengatakan kedua cara ini cukup efekktif, namun bagi anda yang tidak menyukai bau bawang putih mungkin lebih baik menggunakan cara yang lain. Jangan risau kerana masih terdapat banyak lagi cara semulajadi yang akan admin jelaskan di bawah ini.



Tips 5: Tomato – menghilangkan jerawat dengan Tomato

Tahukah anda? Khasiat buah tomato selain baik untuk kesihatan mata, ia juga cukup efektif menghilangkan bintik hitam (blackheads). Perkara pertama yang harus anda dilakukan adalah dengan menghiris tomato menjadi dua bahagian lalu dipakaikan ke seluruh wajah yang berjerawat dan biarkan selama 15 minit – setelah 1 jam barulah bilas.

Tips 6: Lemon/Jeruk Nipis + Air Mawar – menghilangkan jerawat dengan Lemon

Lemon, jeruk nipis dan buah-buah sejenisnya mengandung asid sitrik yang sangat kaya, dimana fungsi asid sitrik ini sangat baik untuk memindahkan sel-sel kulit yang mati yang boleh menyebabkan jerawat. Tekniknya ialah dengan mencampurkan jus/perasan lemon dengan air mawar kemudian pakaikan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu bilas dengan air suam. Amalan terapi ini secara rutin dan konsisten selama 15 hari akan memberikan hasil yang cukup luar biasa.

# tips yg sgt berguna...hahahaha tp sy pnh cuba gne ubat gigi je...yg lain2 lom pnh lg...selamat mencuba!!

3 comments:

  1. waahhh, info yg sangat bermanfaat. saya pun guna bahan semulajadi, sebab takot dengan bahan kimia dlm produk skrg. smbil2 tu, saya amalkan suppliment shaklee, sbb dia 100% semulajadi, TANPA BAHAN KIMIA. pembersih muka pun saya guna shaklee punya. dah lah berkesan, lepas tu tak bahaya. memang dh tak tukar lain dah pas ni. hehe. boleh la jenguk2 blog saya, jemput singgah ye :)

    https://ceqfieqa.blogspot.my/2016/06/set-jerawat.html

    ReplyDelete